MIHAS Showcase 2008
Sunday, May 11, 2008
salamz. ujung minggu ni aku kena keje.. maklumler keje kat library ni memang lain skit. orang cuti tapi kami tak leh cuti. kalau cuti nanti takder plak yang nak datang library..
Pagi tadi aku g MIHAS jap dekat MATRADE building. ehh korang tak g ker... bukan aper.. kat sana tu dorang buat pameran barangan serta perkhidmatan benda benda halal..
banyak gak barang halal yang diperkenalkan. bukan aper sekarang ni kan tengah heboh pasal barangan halal terutamanya barangan makanan. ramai yg tak pasti adakah barangan yang dimakan tu halal ker tak. bagus gak dorang buat pameran ni.. boleh membantu pasaran barangan halal di malaysia. kita juga leh tau macammaner nak tentukan barangan tu halal ker tak. ada gak seminar disediakan.
Ehh korang tau ker apa tu MIHAS ...? MIHAS tu adalah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia kelima (Mihas 2008) yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur dari 7 hingga 11 Mei 2008. korang tau tak yang masyarakat dunia kini semakin prihatin terhadap pembangunan dan kepentingan halal dalam penyediaan produk dan perkhidmatan seharian mereka. MIHAS tahun nibertemakan 'Menyambungkan Pasaran Halal Global' ... aku baca dalam paper dan ada kenyataan menyatakan yang pameran kali ini menampilkan lima sektor utama iaitu makanan dan minuman; farmaseutikal dan produk herba; kosmetik dan penjagaan kesihatan; perbankan dan kewangan; serta sektor baru pemprosesan makanan dan jentera pembungkusan. Ada juga penyertaan dari luar seperti Australia, Mesir, Iran, Amerika Syarikat, Bosnia, Afrika Selatan dan Indonesia.

OKlah .. saper yg dah g tu bagus ler.. bantu ler industri makanan halal islam k.
bye-