-pUlaU rEdaNg-
Friday, July 18, 2008





9 Julai 2008 bersamaan hari Rabu

Selepas penat bersukan, ramai member member opis terus balik KL pasal ada diantaranya akan bekerja esok (dan ramai yg akan ponteng hehehhe) tapi aku dah amik cuti. Mlas nak balik opis lagi so alang alang aku dah ada kat Ganu ni, aku cadang nak g berehat jer soo aku join mama n abah angkat aku g ke pulau redang. Pagi tu, sebelum bebudak ni berangkat balik KL , abah n mama amik aku di hotel dan kami terus ke jeti bot di Merang. Bot kecil jer yg leh muat dalam 12 orang jer. Kami sampai di jeti tepat jam 8.40 pagi tapi bot bergerak jam 9.30 pagi . soo mama n abah serta imi g ler shopping di sekitar jeti tu. Aku malas nak jalan pasal penat jadi aku duduk di jeti jer sambil capture picture. Aku melihat sekeliling jer . tempat ni kecik jer. Tak ramai orang but kalau amik bot disini, perjalanannya ke pulau Redang tak ler sejauh u naik dari tempat lain. Haa dah 9.30 ni so bot pun dah mula nak bergerak. Perjalanan merentasi lautan yg luas tu mengambil masa dalam 45 minit. Memang tak terasa jauhnya pasal pemandangan yang cantik. Angin pun kuat.. walaupun cuaca agak panas tapi tak terasa sangat bahangnya. Terdapat pelbagai pulau yg kami lewati sebelum sampai ke Pulau Redang.. tak sabar nak tengok pulau dan lautan di redang .. adakah ianya secantik pulau Tioman? Hmm kita tunggu dan lihat k hehheee.. So kalau u all nak tau pasal redang ni aku cerita skit pasal pulau redang k.

-di Jeti-

-Aku n Abah dalam Bot nak g pulaU reDang-

Pulau Redang ni kan adalah dalam 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Aku dengar yang pulau ni merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. Kat sini ia menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik. Haa di waktu tengahari pulak , apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, korang leh lihat terumbu karang yang beraneka jenis, anemone, dan ikan-ikan yang berwarna-warni macam pelangi daaa.... Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya. So kat situ leh tengok banyak hidupan hidupan laut .. besttt... tapikan kat sini aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2km dari pulau pasal Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, so korang just leh snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu je tapi itu dah cukup baik rite... ok itu sedikit sebanyak pasal redang . soo aku sambung cite rpasal aku plak k . heheh

Tengahari kami sampai di redang dan untuk trip kali ni kami stay di RedangKalong resort atau u all leh lawati home page ni http://www.redangkalong.com untuk dapatkan maklumat selanjutnya but trust me, layanan amat memuaskan heheh. RedangKalong i terletak di Pantai Teluk Kemang. Sampai jer kami semua mendaftarkan diri kami dan diberi kunci bilik. Aku stay ngan imi . masuk jer bilik terus baring2 heheheh penat perjalanan yang jauh merentasi lautan heheh . kat sini bilik dia simple jer. Tak der TV. Yess my dear... no TV .,. kalau datang pulau nak tengok tv jer baik stay kat umah kan.hehhe soo aktiviti pertama sebaik saja sampai is... yessss.... MAKAN !!! aheheh lapanyer.. sooo pas makan dalam jam 2.15 ( pas solat zohor lah yer) kami g snokling. Heheh best tull tak sabar nak berenang dengan ikan kecik kecik tu. Kalau ikan besar aku takut heheh nanti dia ngap.. terus aku ngep. Hehehhe oh yer luper plak nak bagi tau .. dalam pakaj yg kami amik ni peralatan untuk snokling tak termasuk k. Pasal ada diantara pengunjung memang xpert berenang but 4 me, aku sewa life jecket n google . bukan apa .. kekadang tu penat tau nak berenang sana sini. Soo kalau ada life jecket ni,, leh aku terapung jer atas air untuk berehat .. takyah naik atas bot. Hehehe

.

- SeWaktu di AtAs Bot kEcik-

-DiAtAs tOnGkaNg-

So kami pun siap sedia di jeti . than brother bot pun panggil kami n naik bot kecik. So i asume memang naik bot kecik ni pasal kat tioman dulu pun naik bot yang leh muat dlm 8 orang jer. Rupanya kami dibawa naik bot yg lebih besar atau yang dikenali sebagai tongkang. Hehhe besar beb macam bot nelayan g tangkap ikan di lautan dlam ( rasa aku ler) erkk aku tertanya gak y kena tukar bot.. than baru aku perasan.. sepanjang 500 meter dari pantai, batu karangnya dah mati. Than airnya pun agak cetek ( tapi kalau u terjun pun tak jejak ler dasar beb) so bot besar tak dapat nak masuk sampai ke pantai. Lagipun ianya lebih selesa kalau naik bot besar. Jadi lokasi pertama kami adalah snokling bersebelahan Marine Park. Kawasan dia memang luas dan laut pun agak tenang. So kami terjun ler... sebelum tu abang bot tu baling roti di tengah2 lautan. Than mmg nampak banyak gle ikan ikan datang serbu . pehhh menarik sungguh pemandangan ini. So aku n abah pun terjun ler .. n berenang sambil bagi ikan makan roti . heheh ( kang lau bagi buger fish n chip .. lari plak ikan tu heheh) memang menarik i tell u.. aku pun menyuapkan roti bercecah air masin tu kepad ikan ikan yang ada. Dari sekecik2 ikan sampai ler sebesar budak kecik ikan yang ada . so kami pun berenang2 . terumbu karangnya pun beat. Cantik .. ada pelbagai warna baik ijau , kuning dan lain2. laa idupan aut di terumbu pun ada. Susah nak citer tau kalau guna perkataan .. korang nanti lihat sendiri ler. Yer.. ok ler... habis jer g snokling kami pun balik je resort. Malam tu ada BBQ so makan ler kami sekeluarga. Pas makan g le tido pasal esok pagi ada 2 lagi lokasi yang menarik nak g. Slamat Malam :)


10 Julai 2008 bersamaan hari Khamis


Huh Selamat pagi semua.. sihat ? alahamdulillah.. aku ok jer . huhhhh bestnya tido malam semalam . dah le tilam empuk than sejuk plak ken aircon. Heheh imi pun nyenyak jer... so apa plan pagi ni heheh aku plak yg tanya korang kan hehe so pagi pagi aku bangun macam biasa ler jam 6.00 than aku mandi n bersiap untuk sarapan. Disini sarapan jam 7.30 pagi.. haaa lagi satu , kat sini kawasan dia kecik jer . tak banyak bilik sangat dalam 38 unit jer tapi ianya amat selesa dan latu lagi .. bersih.. memang bersih. Aku bangun pagi tu g ler pantai jap, dah ada mamat tu sapu daun dan sampah yang ada di pantai .. elooo yess that rite , sampah di pantai tu bukannya sikit.. tapi dorang memang jaga betul kawasan dorang .. bersih gler.. than kawasan pun tak padat pun . yer lah kalau dah bilik 38 unit jer n kalau max pun orang datang dalam 152 orang jer ( kalau ikutkan 1 bilik 4 orang ler) sooo memang nyaman n kebanyakkan kat sini merupakan aktiviti laut . tiada yang laut melainkan laut semata –mata. Lagi satu, kat sini ornag datang atas 2 tujuan utama iaitu snokling atau diving . yup . ada scuba diving tapi aku tak ler diving . dengar cerita kena de lesen than mahal heheh takperlah aku berenang d permukaan pun jadi ler heheheh

Ok sambung citer .... time makan kan kat sini dorang panggil bukan dengan announcement macam .. ’tuan tuan dan puan puan, sarapan pagi telah siap disediakan . jemput ler makan .. heheheh ’ tak .. tak tak .. bukan macam tu. Dorang bunyikan loceng macam aiskrim tu.. ting.. ting... ting,.. tingggg.. breakfirst.. haa ada le rmamat tu pusing satu blok untuk umumkan yg sarapan dah siap heheheh . so bile rdengar jer loceng tu. Kami pun bersiap ler untuk makan pagi.. hmm pagi tu kami makan nasik lemak.. erkk makan berat tapi still ada roti bakar n buah. Pas makan kami rehat jap than bersedia untuk menawan 2 lagi lokasi snokling...



Lokasi pertama: Taman Laut Malaysia Pulau Redang atau Redang Merine Park. Lokasinya tak ler berjauhan dengan lokasi kami semalam tapi ianya lebih menarik kerana kawasannya tepi pantai. Kali ni abang bot tu bagi aku kemudi bot tu. Pehh 1st time bawak bot tongkak.. heheh best tul.. rasa macam Kaptan Jack Sparow jer heheheh.. tapi masa dah nak sampai di jeti tu ,, aku bagi ler abng tu yang kemudi .. kalau aku bawak. Huh tak nak fikir ler.. mau aku langgar jer jeti tu.. hehehe

.


.

Soo kami turun di jeti & kat situ aku dah nampak ikan ikan berenang2 dalam air tepi jeti tu. Punya ler banyak.. huh.. kami merupakan kumpulan yang pertama sampai soo memang nampak ler ikan tu lagi banyak dari orang ehhehe ye rkot h ahhhh tak sabarnya nak terjun.. than kami diberi taklimat oleh abg bot .. oh yer nak masuk taman laut ni kena bayar Rm5 seorang. Apalah sangat RM 5 jika dibandingkan dengan pengalaman kan beb.

...

Kat sini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu sebelah kanan jeti n sebelah kiri jeti. Ok mula2 kami g ker belah kanan jeti dimana kat situ ada satu kapal yang telah karam semasa zaman dulu ( aku ada cerita pasal kapal ni di awal cerita aku tu kan ,,,, ) so kat sini kami pun berenang g sana.. launtan tu memang dalam so semasa kamu berenang tu , dengan airnya yang jernih ( macam dalam aquarium) memang nampak dengan jelas ikan ikan tu berenang. Sampaikan ada yang berani berenang depan google aku . ada gak ler aku cuber tangkap tapi huhh menag tak dapat ler.. than di sebalik kapal karam tu, aku ada lihat ikan seakan2 ikan bawal hanya mengapungkan diri dorang .. banyak tul.. . dorang just duduk situ danbuat amacam tirai. Mula2 nampak watna itam tapi biler kami dekat dia rupanya macam kebiruan skit .. memang cantik . besar? Takder ler besar sangat .. just macam 2kali tapak tangan aku jer .. pehh menarik.. than mama pun kuarkan roti yang disimpannya. Apa lagi ikan ikan tu pun ( not the bawal ler k..kalau ikan besar tu aku pun takut ehhehe) ikan yg kecik kecik n pelbagai warna ni datang makan. Punya ler banyak sampaikan aku,mama, abah n ini terpaksa menolak ikan2 ni ketepi macam tolak tirai biler nak berenang. Heheh Cedera? Yup memang tercedera ker tangan bagi makan ikan .. maklum ler aku ni jahat skit .. aku gengam roti tu just kuarkan sikit jer tapi biler dah banyak, dorang gigit gak jer jari aku..takder ler sakit pun . ikan kecik ler katakan. Kalau ikan besar ehheheh sndiri pikir ler hehehh

.

Pas puas berenang sblah kanan tu , kami naik le ke darat jap untuk rehat. Than abah ajak plak g belah kiri jeti . huh mengah tadi tak habis lagi dah nak turun laut lagi heheh. Ahhhh aku tak kira kena g gak. So sambung berenang plak di sebelah kiri . abang bot tu cakap yang sebelah kiri tu ada ikan kerapu yang sebesar budak. Aku tak caya soo g ler kami berenang. So dalam renangan tu, aku nampak banyak terumbu2 karang yang besar2 n cantik.. so sampai jer aku di lokasi yang diberitau..yerr memang nampak kerapu tu,.. memang besar .. dia duduk jer diam di bawah terumbu karang tu.. releks jer tak pedulikan orang. Memang besar huh kalau dapat masak 3 rasa ni.. mengah korang nak habis kan huh...

Huh penatnya... dalam jam 11.00 pagi kami mula bertolak pulang semua ke resort untuk berehat dan makan tengahari .. n sekali lagi kami menunggu loceng ber bunyi.. hehehe tinggg!! Tinggg!! Ting!!!

hmm ok kita g ke lokasi kedua k. Lokasi kedua kami g ke Pulau Paku Kecil. Pulau ni terletak tak berapa jauh dalam 1 km dari resort kami. So nak g sana pun kena ler naik bot tongkang kami tu ler hehhe.. kat sini memang sesuai kalau nak snokling.. memang cantik karang2 dia.. tapi kalau u all nak scuba.. u all kena g ke Pulau Paku Besar (dalam beberapa km jer dari P.P.Kecil. Sampai jer disana kami terus terjun . wow.. best gler. Airnya sejuk n nyaman.. ikan ikan nya pun cantik cantik.. macam macam bentuk terumbu korang leh lihat disini. Ahh penat kami berenang so tiba ler msa untuk pulang ke resort. Kami sampai di resort pada jam 5.30. Lepas berehat, aku g trun ke pantai untuk mengambil beberpa gambar. Memang cantik keadaan disini. Pantainya yang bersih, udara yang nyaman, pokok kelapa ditiup angin, keadaan yang menenangkan. than abah ,mama n imi punjoin. pehh main buai di bawah pokok kelapa sambil ditiup angin .. nyamannya.. rugi tau sapa yang tak dapat join hehhe

.

Mlam tu selepas makan malam , aku. Imi , abah n mama bermain karum. Pehh baru aku tau mama ni pandai main karum rupanya. Sharp shooter. Asal jentik je rterus masuk. Malam tu aku n imi kalah teruk .

\

than pas tu kami g karaoke plak. Aku bantai sampai 4 lagu heheh imi pun nyanyi. Ni 1st time aku dengar imi nyanyi. Lagu westlife lagi tu heheh. Bile malam dah larut, kami pun balik ke bilik masing2 untuk lena..huh bole dah baring baru terasa penatnya...

ZZZZZZ......

.

11 Julai 2008 bersamaan hari Jumaat

.

Today hari last aku di redang, so pagi2 lagi aku dah bangun macam biasa untuk kemas barang-barang yang dibawa. Than turun ke pantai untuk amik pic lagi. Bot sampai jam 10.00 pagi so kami pun bertolak ke Jeti Marang. Tiber di jeti , aku beli beberapa helai baju untuk mak, adik, abah n mama. Cantik gak baju tu.. than abah g amik kereta n kami bertolak pulang. Namun masih sempat lagi kami g Pasar Payang heheh shoping for the last minute. Heheh than terus bertolak ke KL. Sepanjang pengalaman aku ni adalah antara yang paling menarik yang berlaku dalam idup aku. Aku banyak berfikir tentang diri, keadaan sekeliling dan keluarga. N aku sedar apa yang aku benar benar kehilangan dalam diri aku. Aku terima dan aku perlu perbaiki semua yang terjadi dalam dan luar jiwa aku. Aku bukannya muda lagi macam dulu. Dan aku tak ler sekuat dulu lagi, dan aku tau masa aku akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu aku cuba untuk menikmati idup ini dengan lebih baik dan bermakna. Dan jika kau tiada nanti .....


–end-

 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 8:34 AM | Permalink 0 comments
-Sukan Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri SeMalaysia pada 4 Julai - 9 Julai 2008
Monday, July 14, 2008



4 Julai 2008 ( Jumaat)
Today semua budak budak opis bertolak ke Terengganu untuk menyertai Sukan Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri SeMalaysia 2008. Sukan ni diadakan dari 5 Julai sampai ke 8 Julai 2008 di Negeri Terengganu. So kontigen dari KL akn bertolak jam 10 malam sebab nak sampai ke terengganu pada awal pagi . Ni kerana pada jam 10.00 pagi dah start pendaftaran untuk semua kontigen SeMalaysia. Aerkk lupe plak nak citer, Sukan Perpustakaan Awam ni diadakan setiap 2 tahun.. huh selama aku bekerja di kl lib ni ni kali ke 3 aku sertai sukan ni. Actually sukan ni adalah utk mengeratkan lagi perhubungan diantara kakitangan Perpustakaan seluruh Malaysia. So kalau ada apa2 masalah atau projek senang nak berhubung dengan rakan rakan di seluruh Malaysia …Hmm dulu aku masuk sukan di Perak than pergi serawak n last 2 years di Sabah. Hehhe best gler sebab dapat melancong sambil bersukan. Tapi tahun ni aku g sendiri. Naik kereta… sebab aku cadang nak bercuti tenangkan fikiran .. banyak bnda yg tak baik aku dah buat.. yang paling teruk is aku telah memutuskan hubungan silaturrahimmah dengan beberapa orang yg aku sayang .. aku tau itu salah tapi itu juga yg aku telah lakukan…..bengong tul aku ni huhuhuh... hmm entah ler.. aku harap mereka yang berkenaan boleh maafkan aku. apapun aku sentiasa doakan korang bahagia dengan apa yk korang lakukan. peace bro/sis. So dalam perjalanan aku tu, aku stay di kuantan pahang dulu pada malam Jumaat tu. penat tau drive g ganu. aku stay di Sri Malaysia Kuantan . nice place. malam tu gak aku call huda. Sape huda ni? heh e huda ni adik angkat aku masa kat Uitm dulu .. pas dia gred. aku dah tak jumper dia. aku panggil dia vampire hehe pasal gigi dia tu macam ada taring hehee seram siut heheh .. malam tu aku jumper dioa ajak g makan n sembang2 jer. than ronda2 bandar kuantan jer.. :)

5 Julai 2008 (Sabtu)

Pagi tu aku check out dari hotel pada jam 7.30 pagi pasal jauh lagi perjalanan nak g Ganu tu. Aku sampai ke library Terengganu tepat jam 10.00 pagi. Huh kelam kabut aku pasal aku mencari jalan tak jumpr hehehe bukan aper aku bukan tau sangat jalan di Terengganu ni . main belasah jer heheheh than biler selesai daftar, kami terus g hotel. THan ada masalah plak dengan hotel . dorang tak bagi kami masuk ( kami mean i dengan member opis i ler 1 kontigen tu) hotel padahal dorang dah comform yg kami leh masuk jam 12.00 t. hari. Ni leh mendatangkan kemarahan ni heheh . tapi tak per, bile bincang semula, kami dapat 3 bilik dahulu soo semua 36 ornag tu kena kongsi dahulu . Bukan apa , bebudak ni nak kena bersiap pasal pada jam 2.00 kena plak g Dewan Wisma Darul Iman.. ini kerana kul 2.30 ada seminar tentang librarianship. So kami taknal ler terlambat . bebudak tu lagi kesian .. yerlah, dah ler maik bus 1 hari suntuk, than nak berehat pun tak sempat . huh... anyway bebeudak kami sempat sampai ke dewan sebelum acara bermula . Bagus seminar ni. Ia menceritakan tentang rintangan serta persediaan yang perlu ada kepada seseorang yang ingin menceburi bidang keperpustakawanan ini. Selain itu ia mendedahkan kepada kami bahawa sebagai seorang yg bertugas di library banyk perkara yg perlu dititikberatkan terutamanya dalam pembangunan ilmu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. -Gambar selepas habis seminar-


-SeLepas Majlis perasMian dan kAwat kAki-

Habis berseminar .; its makan time hehehhe sooo g le rmakan n guest what, its nasi dagang, hheheh rasanya kali ni banyak kali aku makan nasi dagang. Hehhe sedap gler.. yer lah bukan selalu aku dapat kan nasi dagang. Than member aku cakan x gurl aku pun datang. Aku cari gak tapi tak nampak pun.. hmm takper ler.. janji dia bahagia kan. Dia sekarang ni berbadan dua.. laaa yer dia dah kawin ler tu yang jadi tittle X tu hehehhe tapi kami putus dengan cara baik.. walaupun macam tu aku kalau leh nak pinta maaf ler sekali lagi pada dia pasal selama ni dia banyak tolong aku ..myb bukan jodoh aku ngan dia. Papapun aku doakan dia bahagia.. Malam tu kami ada majlis perasmian dan pertandingan kawat antara kontigen. So pas makan tu kami balik ke hotel untuk berehat sebelum game bermula pada keesokan harinya.


6 julai 2008 (Ahad)

- Di puSat Boling-


- Di SporT Planet tereNggaNu-

-Team futsal KL ( puTih Biru) dengan Team Kelantan ( Merah)-

-Kami meNang juaRa 4 muSim bErtuRut tuRut-


Pada hari ni mulalah semua game yang dipertandingkan. Pada jam 11.00 mulalah game aku … tahun ni aku main 2 game iaitu bola tampar ngan boling. Hmmm so pagi ni aku main bola tampar. Tapi nasib tidak menyebelahi team kami. Kami kalah dengan pasukan Negeri Perak. Hmmm pas habis game kami g beri sokongan kepada team futsal pulak.. alhamdulillah pasukan futsall kami telah menang johan. Than petang pada jam 4.00 ptg aku ada game ten pin boling. Tahun ni aku main untuk VIP. Hmm alhamdulillah tahun ni aku memang tempat ke 5 persorangan lelaki. Than malam aku join team boling untuk acara berpasukan. Tapi sekali lagi team kami kalah. Bukan apa , kali ni aku tengok ramai yang power2 main untuk acara berkumpjulan. Macam negeri serawak, siap main spinner lagi ..pehhh memang terror gler. Aku pun takleh beat dorang. Memang hebat gler dorang sedangkan aku ni baru berjinak jinak ngan boling ni. Ye rke ? hmmmm

7 julai 2008 (Isnin)

-Aku di StaDiuM-

-Team Permainan tRadisional-

-teaM KL sedaNg berTarung DengaN JoHor-

Pagi tu kami semua g stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.. pehh stadium baru beb. Memang luas gle. Than ni ler stadium pertama yg penah aku masuk yg mempunyai pusat boling. Pehhh besar gler... Pagi ni pasukan Ping Pong kami telah masuk suku ahkhir.. perlawanan sengit gile. Berbalas serangan tapi kami kekurangan pemain perempuan sooo kalah dengan Sabah. Ok lah tu bah, kau dah menang,, senyum sajak lah kamu hehehhe ( erkk betul ker sebutan aku ni . hmm lantak ler hehehe) so nadia, kamu masuk final yah yer bah.. ndak apa2. aku mesti sokong kamu punya hehe Petang tu aku s g makan kat tepi laut . pehh nyaman gler. Dekat ngan airport terengganu. Makan ICT .. hehheh bukan makan wayer2 kompute rler.. kat sini Ict dikenali sebagai Ikan Celup Tepung ..sedap gler meratah ikan, udang n keropok dengan dicecah dengan sos yang original dibuat sendiri. Aku makan ikan pari yang digoreng rangup. Pehhh sedap gler... kalu u all nak g sana , sila ler .. aku jamin puas hati beb, So malam ni sukan diteruskan dengan acara permainan tradisional iaitu congkak , batu seremban( selambut bagi sesetengah orang), dart, karom, dan dam haji ( no hajah plzz!!) malam ni pasukan kami memasuki peringkat akhir dalam acara congkak n seremban. Nasib tidak menyebelahi kami dimana kami tewas dengan kedah 9 berbalas 8. just kalah satu mata jer. Takper ler dah adar permainan kan. So azhari @ ee dari kedah .. tahniah k.. takper kita jumper di johor nanti eheheh.

8 Julai 2008 ( Selasa)

-LawataN ke UDM ( Universiti Darul Iman)-


-Aku dan Masjid KrisTal-


Today hari last kami di terengganu, so today kami adakan lawatan di sekitar terengganu. 1st kami g ker UDM (Universiti Darul Iman Malaysia) kami melawat library academic pulak selepas melawat ke public library. So pengurusan library memang lebih kurang sama je. Juat koleksi jer berbeza sedikit. Hehe ok pas g UDM kami ke Masjid Kristal di Pulau Wan Mang heheheh. Sebelah masjid tu, ada taman tamadun islam. Its good with this taman kerana ia menawarkan satu persembahan yang agak berlainan dari taman taman lain. Y? ok kerana disini mereka menawarkan replica bangunan masjid masjid yang termasyur di dunia dan ia juga menunjukkan kehebatan tamadun islam dalam bidang pembinaan. Replika ni memang real mengikut sebijik masjid yang ada just saiznya jer yang kecil. Pelbagai bentuk masjid yang dibina termasuk Taj Mahal and Masjid Negara.
Than kami ke masjid kristal, mulanya aku ingat memang pembinaannya 100% dari kristal ( kalau yer memang mahal gler beb tak mampu kerajaan negeri nak menampung kemahalannya) than aku difahamkan bahawa hanya 4 kristal jer yang ada dan diletakkan di setiap 4 menara yag ada. Yang lain hanya kaca dan cermin yang dipadankan warnanya dengan masjid tersebut. Banyak gak pic yang kami ambil .aku tak ketinggalan untuk menyembah YANG MAHA AGUNG di masjid tu. Hmm than dalam jam 4 kami balik le ke hotel pasal malam nanti ada jamuan makan malam pulak. but pEtang tu aku g ICT ( Ikan Celup Tepung) pehh sedap gler tau. yer le baru aku tau yg orang kat sini, kalau petang2 dorang jarang makang kuih tapi sering makan makanan laut macam ikan , udang , ketam. tan digorng dengan tepung n dicecah dengan sos yang dibuat sendiri. pehh sedap gler.. aku petang tu makna sampai kenyang . erkkk tapi malamni makanlagi kan huhh bertambah besar ler aku . huhuhuh

-di ICT-


-buKan ScaNdle Aku yek.. Member Aku dAri SelaNgor- tHe Chemp-

-SUaSana MaLam Penutup-


Malam tu semua kontigen diwajibkan berpakaian batik. Malam ni adalah malam untuk penutup kejohanan sukan Perpustakaan awam negeri semalaysia. So malam ni Negeri Sabah diumumkan sebagai johan keseluruhan ,, so kepada member2 di sabah, TAHNIAH dia ats kejayaan anda k. Tahun 2010 nanti negeri johor akan menjadi tuan rumah pulak. Huhhuh Jumpe di johor….

 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 4:00 PM | Permalink 0 comments