-Sukan Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri SeMalaysia pada 4 Julai - 9 Julai 2008
Monday, July 14, 2008



4 Julai 2008 ( Jumaat)
Today semua budak budak opis bertolak ke Terengganu untuk menyertai Sukan Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri SeMalaysia 2008. Sukan ni diadakan dari 5 Julai sampai ke 8 Julai 2008 di Negeri Terengganu. So kontigen dari KL akn bertolak jam 10 malam sebab nak sampai ke terengganu pada awal pagi . Ni kerana pada jam 10.00 pagi dah start pendaftaran untuk semua kontigen SeMalaysia. Aerkk lupe plak nak citer, Sukan Perpustakaan Awam ni diadakan setiap 2 tahun.. huh selama aku bekerja di kl lib ni ni kali ke 3 aku sertai sukan ni. Actually sukan ni adalah utk mengeratkan lagi perhubungan diantara kakitangan Perpustakaan seluruh Malaysia. So kalau ada apa2 masalah atau projek senang nak berhubung dengan rakan rakan di seluruh Malaysia …Hmm dulu aku masuk sukan di Perak than pergi serawak n last 2 years di Sabah. Hehhe best gler sebab dapat melancong sambil bersukan. Tapi tahun ni aku g sendiri. Naik kereta… sebab aku cadang nak bercuti tenangkan fikiran .. banyak bnda yg tak baik aku dah buat.. yang paling teruk is aku telah memutuskan hubungan silaturrahimmah dengan beberapa orang yg aku sayang .. aku tau itu salah tapi itu juga yg aku telah lakukan…..bengong tul aku ni huhuhuh... hmm entah ler.. aku harap mereka yang berkenaan boleh maafkan aku. apapun aku sentiasa doakan korang bahagia dengan apa yk korang lakukan. peace bro/sis. So dalam perjalanan aku tu, aku stay di kuantan pahang dulu pada malam Jumaat tu. penat tau drive g ganu. aku stay di Sri Malaysia Kuantan . nice place. malam tu gak aku call huda. Sape huda ni? heh e huda ni adik angkat aku masa kat Uitm dulu .. pas dia gred. aku dah tak jumper dia. aku panggil dia vampire hehe pasal gigi dia tu macam ada taring hehee seram siut heheh .. malam tu aku jumper dioa ajak g makan n sembang2 jer. than ronda2 bandar kuantan jer.. :)

5 Julai 2008 (Sabtu)

Pagi tu aku check out dari hotel pada jam 7.30 pagi pasal jauh lagi perjalanan nak g Ganu tu. Aku sampai ke library Terengganu tepat jam 10.00 pagi. Huh kelam kabut aku pasal aku mencari jalan tak jumpr hehehe bukan aper aku bukan tau sangat jalan di Terengganu ni . main belasah jer heheheh than biler selesai daftar, kami terus g hotel. THan ada masalah plak dengan hotel . dorang tak bagi kami masuk ( kami mean i dengan member opis i ler 1 kontigen tu) hotel padahal dorang dah comform yg kami leh masuk jam 12.00 t. hari. Ni leh mendatangkan kemarahan ni heheh . tapi tak per, bile bincang semula, kami dapat 3 bilik dahulu soo semua 36 ornag tu kena kongsi dahulu . Bukan apa , bebudak ni nak kena bersiap pasal pada jam 2.00 kena plak g Dewan Wisma Darul Iman.. ini kerana kul 2.30 ada seminar tentang librarianship. So kami taknal ler terlambat . bebudak tu lagi kesian .. yerlah, dah ler maik bus 1 hari suntuk, than nak berehat pun tak sempat . huh... anyway bebeudak kami sempat sampai ke dewan sebelum acara bermula . Bagus seminar ni. Ia menceritakan tentang rintangan serta persediaan yang perlu ada kepada seseorang yang ingin menceburi bidang keperpustakawanan ini. Selain itu ia mendedahkan kepada kami bahawa sebagai seorang yg bertugas di library banyk perkara yg perlu dititikberatkan terutamanya dalam pembangunan ilmu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. -Gambar selepas habis seminar-


-SeLepas Majlis perasMian dan kAwat kAki-

Habis berseminar .; its makan time hehehhe sooo g le rmakan n guest what, its nasi dagang, hheheh rasanya kali ni banyak kali aku makan nasi dagang. Hehhe sedap gler.. yer lah bukan selalu aku dapat kan nasi dagang. Than member aku cakan x gurl aku pun datang. Aku cari gak tapi tak nampak pun.. hmm takper ler.. janji dia bahagia kan. Dia sekarang ni berbadan dua.. laaa yer dia dah kawin ler tu yang jadi tittle X tu hehehhe tapi kami putus dengan cara baik.. walaupun macam tu aku kalau leh nak pinta maaf ler sekali lagi pada dia pasal selama ni dia banyak tolong aku ..myb bukan jodoh aku ngan dia. Papapun aku doakan dia bahagia.. Malam tu kami ada majlis perasmian dan pertandingan kawat antara kontigen. So pas makan tu kami balik ke hotel untuk berehat sebelum game bermula pada keesokan harinya.


6 julai 2008 (Ahad)

- Di puSat Boling-


- Di SporT Planet tereNggaNu-

-Team futsal KL ( puTih Biru) dengan Team Kelantan ( Merah)-

-Kami meNang juaRa 4 muSim bErtuRut tuRut-


Pada hari ni mulalah semua game yang dipertandingkan. Pada jam 11.00 mulalah game aku … tahun ni aku main 2 game iaitu bola tampar ngan boling. Hmmm so pagi ni aku main bola tampar. Tapi nasib tidak menyebelahi team kami. Kami kalah dengan pasukan Negeri Perak. Hmmm pas habis game kami g beri sokongan kepada team futsal pulak.. alhamdulillah pasukan futsall kami telah menang johan. Than petang pada jam 4.00 ptg aku ada game ten pin boling. Tahun ni aku main untuk VIP. Hmm alhamdulillah tahun ni aku memang tempat ke 5 persorangan lelaki. Than malam aku join team boling untuk acara berpasukan. Tapi sekali lagi team kami kalah. Bukan apa , kali ni aku tengok ramai yang power2 main untuk acara berkumpjulan. Macam negeri serawak, siap main spinner lagi ..pehhh memang terror gler. Aku pun takleh beat dorang. Memang hebat gler dorang sedangkan aku ni baru berjinak jinak ngan boling ni. Ye rke ? hmmmm

7 julai 2008 (Isnin)

-Aku di StaDiuM-

-Team Permainan tRadisional-

-teaM KL sedaNg berTarung DengaN JoHor-

Pagi tu kami semua g stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.. pehh stadium baru beb. Memang luas gle. Than ni ler stadium pertama yg penah aku masuk yg mempunyai pusat boling. Pehhh besar gler... Pagi ni pasukan Ping Pong kami telah masuk suku ahkhir.. perlawanan sengit gile. Berbalas serangan tapi kami kekurangan pemain perempuan sooo kalah dengan Sabah. Ok lah tu bah, kau dah menang,, senyum sajak lah kamu hehehhe ( erkk betul ker sebutan aku ni . hmm lantak ler hehehe) so nadia, kamu masuk final yah yer bah.. ndak apa2. aku mesti sokong kamu punya hehe Petang tu aku s g makan kat tepi laut . pehh nyaman gler. Dekat ngan airport terengganu. Makan ICT .. hehheh bukan makan wayer2 kompute rler.. kat sini Ict dikenali sebagai Ikan Celup Tepung ..sedap gler meratah ikan, udang n keropok dengan dicecah dengan sos yang original dibuat sendiri. Aku makan ikan pari yang digoreng rangup. Pehhh sedap gler... kalu u all nak g sana , sila ler .. aku jamin puas hati beb, So malam ni sukan diteruskan dengan acara permainan tradisional iaitu congkak , batu seremban( selambut bagi sesetengah orang), dart, karom, dan dam haji ( no hajah plzz!!) malam ni pasukan kami memasuki peringkat akhir dalam acara congkak n seremban. Nasib tidak menyebelahi kami dimana kami tewas dengan kedah 9 berbalas 8. just kalah satu mata jer. Takper ler dah adar permainan kan. So azhari @ ee dari kedah .. tahniah k.. takper kita jumper di johor nanti eheheh.

8 Julai 2008 ( Selasa)

-LawataN ke UDM ( Universiti Darul Iman)-


-Aku dan Masjid KrisTal-


Today hari last kami di terengganu, so today kami adakan lawatan di sekitar terengganu. 1st kami g ker UDM (Universiti Darul Iman Malaysia) kami melawat library academic pulak selepas melawat ke public library. So pengurusan library memang lebih kurang sama je. Juat koleksi jer berbeza sedikit. Hehe ok pas g UDM kami ke Masjid Kristal di Pulau Wan Mang heheheh. Sebelah masjid tu, ada taman tamadun islam. Its good with this taman kerana ia menawarkan satu persembahan yang agak berlainan dari taman taman lain. Y? ok kerana disini mereka menawarkan replica bangunan masjid masjid yang termasyur di dunia dan ia juga menunjukkan kehebatan tamadun islam dalam bidang pembinaan. Replika ni memang real mengikut sebijik masjid yang ada just saiznya jer yang kecil. Pelbagai bentuk masjid yang dibina termasuk Taj Mahal and Masjid Negara.
Than kami ke masjid kristal, mulanya aku ingat memang pembinaannya 100% dari kristal ( kalau yer memang mahal gler beb tak mampu kerajaan negeri nak menampung kemahalannya) than aku difahamkan bahawa hanya 4 kristal jer yang ada dan diletakkan di setiap 4 menara yag ada. Yang lain hanya kaca dan cermin yang dipadankan warnanya dengan masjid tersebut. Banyak gak pic yang kami ambil .aku tak ketinggalan untuk menyembah YANG MAHA AGUNG di masjid tu. Hmm than dalam jam 4 kami balik le ke hotel pasal malam nanti ada jamuan makan malam pulak. but pEtang tu aku g ICT ( Ikan Celup Tepung) pehh sedap gler tau. yer le baru aku tau yg orang kat sini, kalau petang2 dorang jarang makang kuih tapi sering makan makanan laut macam ikan , udang , ketam. tan digorng dengan tepung n dicecah dengan sos yang dibuat sendiri. pehh sedap gler.. aku petang tu makna sampai kenyang . erkkk tapi malamni makanlagi kan huhh bertambah besar ler aku . huhuhuh

-di ICT-


-buKan ScaNdle Aku yek.. Member Aku dAri SelaNgor- tHe Chemp-

-SUaSana MaLam Penutup-


Malam tu semua kontigen diwajibkan berpakaian batik. Malam ni adalah malam untuk penutup kejohanan sukan Perpustakaan awam negeri semalaysia. So malam ni Negeri Sabah diumumkan sebagai johan keseluruhan ,, so kepada member2 di sabah, TAHNIAH dia ats kejayaan anda k. Tahun 2010 nanti negeri johor akan menjadi tuan rumah pulak. Huhhuh Jumpe di johor….

 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 4:00 PM | Permalink


0 Comments: