-SeLaMaT hAri rAya-
Friday, September 26, 2008

Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia

Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia

Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua


AssaLamMuLIkuMsalMZ..

SelMat hari raya aidilfitri..

Sempena bulan baik ni, aku menyusun 10 jari aku memohon ribuan kemaafan diatas apa yang telah berlaku di sepanjang perhubungan persehabatan, kasih, sayang yang telah terjalin diantara kita semua.

SO tahun n u all balik maner? kampung? wahhh mesti best kan.. erkkk laa ko tak balik kg ker? pasal? hheheh sabar k. raya kat KL pun apa salahnya. heheh tapi maner yg balik raya di rumah mertua tu.. jangan ler sedih2. nanti 2/3 hari pas raya ataupun petang raya tui balik ler umah mak korang.. aku? aku balik ipoh jer..
aku cuti sampai 7 hb. amik lama skit.

tapi tahun ni tak berapa meriah.. opah dah takder :(

soo mesti sunyi skit takder lagi nasihat dia, celoteh dia dan pelbagai lagi.

heheh

oklah apapun u all take care k..

hati2 biler drive tu.

jangan laju2

taking care

salamz.



 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 8:22 AM | Permalink 0 comments
-Aku diTukarkan ke Unit PerpustakAAn JabaTan-
Monday, September 22, 2008
Assalammualikumsalamz
Selamapt pagi semua.. u all aper khabar? aku harap semuanya ok jer disana..
hmm today aku nak inform kat u all yang pada 15 september 2008 aku ditukarkan ke bahagian lain dlam library KL. Aku tidak lagi menjaga unit Sistem dan Multimedia sebaliknya kini aku ditugaskan untuk menage perpustakaan Jabatan DBKL. aku bersyukr ditukarkan pasal i really need the new inviroment. dah hampir 5 tahun jaga sistem ... peh penat gler. soo dengan portfolio baru ni aku harap aku akan lagi bertambah skill dan pengalaman aku.. Sebel;um ni pun aku dah penah manage perkara macam ni but dah lama tinggal kan soo dah luper hhehe
so sepanjang minggu lepas dan minggu ni aku lebih banyak memerhati, mempelajari serta merancang untuk pembangunan di tempat baru nii.
so kekawan sekelian .. if u all cari i kat library kl.. memang dah tak jumper k soo if u have anything . u have to call me in my cellphone k.
k lah
aku gerak dulu
jap lagi ada perhimpunan pagi dengan dato bandar. Banyak amanat dari dato bandar akan disamp[aikan.
k lah
apapun u all taking care k
waasalamz.

 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 8:07 AM | Permalink 0 comments
- OpaH AkU mEniNggaL DunIA-
Wednesday, September 10, 2008

Assalamualaikum
Ahad 31 ogos 2008 -
Sememangnya pada tarikh ni satu Malaysia sedang bergembira menyambut kedatangan bulan bersejarah iaitu Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 51 tahun.. tapi ingat .. dalm suka tu tercalit satu kedukaan yang besar.. Ya kedukaan kehilangan seorang yang tersayang dalam hidup ni.. pada tarikh ni ler opah aku meninggal dunia.. Agak terkejut namun aku dan keluarga serta seluruh sedara mara aku menerima takdir ilahi ni. Opah dah tua.. umur dlam 74 tahun.. dia menderia sakit buah pinggang dan keadaan opah memang tenat dan penat. berbulan lamanya opah kuar masuk hospital dengan harapan dia akan sembuh namun pada tarikh tersebut tepat jam 4.30 pagi.. opah meninggalkan kami..
hmmm opah ni yang aku kenal memang cekal dan mempunyai pendirian tegas.. walaupun tegas tapi opah pandai amik hati anak anak serta cucu2 dia. Opah ada caranya sendiri dlam mengajar erti kehidupan kepada kami. Aku membesar dengan kehadiran opah dalam hidup aku. dari kecil aku sentiasa mendengar celoteh opah.. hehhe aku masih ingat kalau kami sekeluarga pulang ke kampung. memang riuh umah opah ni. yerlah .. kalau cucu2 dia balik, nak nak time raya ..pehhh umah tu tak penah sunyi ( kecuali waktu kami tido ler kan) tido di ruang tamu bergelimpangan. aku adik beradik serta sepupu2 kami ni.. tak pernah duduk diam. Berkeluaran sekitar kampung, mencari buah2an di dusun dan yang paling best biler mandi sungai.. heheh tak cukup dengan jeritan opah aku ' udoh ler tu kome mandi sungai tu, moh naik , umah magrib ni.. naik semua.. naikkkk.. ( dengan sleng peraknyer ler) mak aku pun jeris sama. kekadang tu macam dah berduet plak heheheh . pas makan malam opah kata'' pas makan tu g semayang kome keh' hehhehe biler opah cakap tak penah keras ( tapi ada masanya huhuhu bingit gak telinga) opah sering cakap dengan lemah lembut.

kalau time raya , dialer yang paling sibuk.. penyediaan lemang, ketupat, kuih dan dodol dibuat bersama arwah atok. aku dulu masa kecik cukup takut ngan atok. atok ni garang jer muka dia . atuk suka isap curut heheh tapi atok ni baik.. just keganasan muka tu sering mak aku gunakan untuk takut2kan aku. time pagi raya semua berkumpul sambil bedrama swasta.. maksudnya? heheh yerler kalau dah bersalam salaman bermaafan so berderai ler air mata tu heheh aku pun terjoin sama.. pasal keluarga opah aku ni besar.. adik beradik mak aku jer ada 8 orang soo yang lain2 lagi tu pehhh penuh umah tu.heheheh

kalau musim buah tu paling best ..maner taknye.. pokok durian keliling umah . heheh dengar jer buah jatuh .. berdesup aku n adi ( sepupu aku) g mencari.. pernah satu ketika tu , ikut opah g utan cari durian.. than aku nampak sebijik buah durian yang terkopek mengikut pangsanya dengan cantik. macam bunga n tak putus pun dari tangkainya.. than bijik pun disatukan setempat.. Opah bagitau kalau jumper durian yg begitu rupanya.. maksudnya buah tu harimau yg makan. mula aku tak percaya tapi biler di iyakan oleh arwah abah aku ( abah keje kat jabatan perhililitan so dia mesti tau )dan disusuli dengan bukti tapak kaki harimau tu.. baru ler aku percaya. oooo gini ropenya rimau makan durian eheheh tapi aku jumper buah n tapak jer ler.. rimaunya aku tak pernah jumper. tapi kalu gajah tu pernah.. opah cakap gajah makan durian dengan kulit2nya sekalu. ehh tak luka ker usus dia? hmm entah .. ia masih jadi tandatanya..ehhe haaa lagi satu ni cerita seram kelakar.. kisah ni terjadi masa aku kecik lagi .. hari tu merupakan musim durian.. so opah dirikan satu da'ngo ( pondok kecil) kat belakang umah dekat dengan kebun durian di bawah pokok limau bali. nak dijadikan cerita ,malam tu aku n adi lepak ler kat pondok tu sambil menunggu durian luroh. dengan berbekalkan ubat nyamuk dan lampu suluh, kami berdua mendengar dengan leliti .. tetiber 'begedebuk'... gedebuk'... 2 bijik buah durian jatuh. berlari kami ke arah bunyi buah tu dan terus mencari.. Jumper?.. kata adi.. aku kata .. Jumpe.. eheh so kami bawak balik ke pondok.. than kami terus menunggu ,, malam semakin laru than berbunyi lagi.. gedebuk... gedebuk.. . haaaa 2 bijik lagi. kami pun g mencarinya.. tapi ajaibnya kali ni aku n adi tak jumper pun buah tu.. tetiber.... di sebalik 2 pokok pisang aku ternampak satu lembaga , keluar dari celah pokok pisang tu.. dan macam memegang sesuatu di tangannya, than ada kain putih macam selendang di kepala.. apa lagi aku n aadi pun menjerit terus lari.. aku tak lain terus lari mak aku ler.. masa tu Tuhan jer yg tau bertapa takutnya kami.. mengeletar satu badan.. bile mak aku tanya. aku kata yang aku nampak hantu.. tetiber pintu daput terbukak.. ahhhhh.. ehhh hmmm oooo.. rupanya opah aku! cis... ropenye opah aku dengan tudung putih dia tu g anik durian di sekitar umah si secara kebetulan dia lalu kat situ.. pehhh potong tul le rmalam tu. tapi aku tetap menggigil.. aku kekadang kalau balik kampung aku masih teringat kat pokok pisang tu dan kejadian malam tu..bile aku cerita ngan adi mesti di gelak heheh penakut tul kami masa tu hehehhe
Banyaklagi kenangan aku ngan opah aku .. aku pernah cite tentang semua awek aku kat dia.. hehhe tapi yg tu biar ler jadikenangan aku ngan opah.. dia banyak nasihat aku tentang idup..
apapun opah.. che'a mohom maaf if che'a ada banyak salah ngan opah.. che'a tetap ingat pesanan opah serta masakan opah yg sedap tu. che'a doakan opah sentiasa dirahmati Allah dan selesa di sana. che'a sayang opah..
-AL FATIHAH-
 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 7:54 AM | Permalink 0 comments