sELamAt Hari LaHir!!!
Monday, November 10, 2008

Hapy BirThday maK!!!
:)
Pada 9 November 2008.. adalah hari yang bersejarah bagi aku.. dimana pada hari ni, is my mum birthday!!! :)
Mak aku adalah segalanya bagi aku.. sebab dia aku masih bertahan dalam kehidupan sekarang..
kornag pun tau kan .. mak kita adalah segala-galanya.. kita menghabiskan masa kita dari kecik sampai besar disamping dia.. dia yang tau baik buruknya kita luar dan dalam.

yer lah kan.. aku dilahirkan dari rahim dia. keluar2 jer aku dah memekak.. nangis sekuat2nya tapi dia sambut aku dengan tangisan kesyukuran... dan mak akan tersenyum :)

masa kecik aku dibelai dengan penuh kasih sayang.. malam malam aku akan memekak lagi.. mintak susu tapi dia still bangun n buatkan aku susu.. dan bila aku dah kenyang , aku akan tertidur dan mak... dia akan tersenyum... :)


than besar skit aku dah pandai berlari2.. habis seluruh pelusuk rumah aku berlari2...semua tempat nak aku xplore.. sampaikan bawah rumah pun aku sanggup merangkak mengambil bola tenis yang terjatuh sewakti bermain dengan abang aku .. sedap2 berlari aku terjatuh .. erkkk dah memekak lagi... dan masa tu mak akan datang n pujuk.. " dah dah.. sikit jer niii.. a kan kuat.. ' sambil tersenyum.. than aku pun bangun dalam esakan n terus berlari keriangan semula. bagaikan tiada apa yang berlaku.. dan mak akan tersenyum... :)

than masuk sekolah tadika.. bersemangat dengan baju baru yang abah belikan... so abah pun menghantar aku g sekolah.. heheh best sebab banyak nyer budak budak tapi... tiba2 aku takut.. kenaper ramai sangat dan aku memekak lagi sambil berlari mendapatkan abah aku.. abah aku pujuk tetapi aku masih tak mau g sekolah .. aku takut.. lalu abah bawak aku pulang dan aku berlari jumpa mak .. mak pun memujuk aku ... dan keesokkannya .. mak yang hantar aku dan aku rasa selamat n terus mendapatkan kawan2 baru aku.. mak pun tersenyum...

Aku masuk darjah satu.. semuanya ok , mak bekalkan aku dengan nasi goreng .. hhhuh sedapnya.. aku ucapkan terima kasih dan mak pun tersenyum...

petang... dan hampir senja namun aku masih di padang permainan di hadapan rumah.. tetiba mak muncul..'' a .. balik.. dah senja ni.. takingat rumah ker.. balikkk!!!!!!' nak menjerit.. kali ni mak tak senyum dah.. muka garang habis.. aku takut lalu berlari balik rumah.. tinggalkan mak terkejar2 aku yang pantas berlari ni.. balik jer mak suruh mandi n makan malam.. sambil makanmalam aku nampak dia senyum pada aku sambil bercerita dengan abah tentang sesuatu...dan abah pun tersenyum..

balik sekolah,, aku berlumba basikal. huhuhuu kenangan terindah masa berlumba dulu.. tak ingat apa dah kecuali tertiber.. doommmm!!!! aku terjatuh.. lutut koyak.. adoiiii..... n balik aku jumpa mak ( pasal kalau aku jumpa abah, teruk aku kena pelempang) mak taruk ubat kat lutut aku.. dan berkata.. 'tu lahh.. saper suruh bawak laju2.. kan dah jatuhhh. dah tu.. nanti baik ler ni.' n aku tersenyum pasal aku rasa luka tu dah tak sakit...


SPM.... 1995 .. aku mendapat keputusan yang tidaklah cemerlang .. sederhana jer.. aku call abah bagitau keputusan peksa aku.. aku bagitau dia yang aku dah cuba dna memang nyata aku bukan mempunyai otak yg geliga.. tapi abah kata ' takpa.. ko dah cuba.. tapi lain kali cuba lagi'.. aku tersenyum lalu aku jumpa mak n mak say the same like abah say... n aku tersenyum..

1996 - aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian aku ke tingkatan 6. mak n abah benarkan aku... aku meneruskan pengajian aku namun 1997 abah meninggalkan kami sekeluarga... satu sejarah hitam yg akuu tak dapat lupakan.. aku kehilangan insan yang banyak memberi aku petunjuk dalam hidup.. dan masa ni tiada sapa tersenyum lagi.. :(
tapi aku lihat mak masih bertahan.. walaupun dia patah hati namun dia tidak menunjukkan kesedihan dia .. mak bagitau yang kita ken aterus idup.. kita redha dengan takdir ilahi.. banyakkan doa untuk arwah.. semoga arwah dirahmati ALLAH..
ya.. idup mesti terus....

selepas STPM aku terus bekerja.. dan aku azam untuk membuat mak tersenyum lagi... haaa today aku mendapat gaji pertama aku... aku belikan pada mak.. dia tersenyum dan menangis.. aku faham perasaan dia masa tu.. dan aku pun turut tersenyum ...

1999 aku menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran aku di UITM shah alam. PAd amulanya kau malas nak pergi tapi mak suruh g gak.. dia kata rugi kalau tak g .. dah ada peluang.. jadi aku pun pergii..

Alhamdulillah aku dah berjaya dalam pengajian aku.. dia turut gembira,, aku suka lihat dia tersenyummm.. sebab kalu dia tersenyumm. hati aku tenang dan tenteram ...

kini aku dah kerja .. jika kau berkelapangan . aku akan balik kampung menjenguk dia.. call dia. just sekadar bertanya kabar... aku tau dia akan tersenyum..

mak.. selamat hari lahir.. a ucapkan ribuan terima kasih sebab mak jaga a dengan baik sehingga sekarang..
a sayangkan mak .. selamanya..
tiada sesiapa boleh menggantikan mak dalam hati a.
hanya dirimu saja ... ratu hatiku..
:)



 
posted by rAntInG tHe UndYiNg SoUL at 8:27 AM | Permalink 0 comments